Dasar & Piagam Pelanggan

Sunday 9 October 2011


MATLAMAT KORPORAT
Memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif untuk penduduk Malaysia.

OBJEKTIF KORPORAT
Mempasti dan menjaminkan pembayaran faedah yang secukupnya dalam masa yang tepat dengan keadilan sosial serta mempertingkatkan  taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

DASAR KUALITI PERKESO
Memberi perkhidmatan yang cemerlang serta adil kepada pelanggan-pelanggannya melalui kemajuan dan pembangunan kakitangan PERKESO.

STRATEGI PERKESO
* Mengutamakan kepentingan Negara serta organisasi setiap masa.
* Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan Ekonomik kepada pelanggannya.
* Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan teknologi canggih  bagi meningkatkan perkhidmatannya.
* Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO supaya menjadi lebih teguh. 
* Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO. 
* Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PERKESO beriltizam sebagai sebuah organisasi yang sihat dan selamat berlunaskan prinsip bahawa keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab semua. Pengurusan serta kakitangan adalah beriltizam untuk membentuk dan mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke arah membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan hartabenda dan nyawa.

Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan; 
• Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan kemalangan.
• Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan dan keselamatannya serta orang lain
• Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik.
• Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan.
• Mengulangkaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan pejabat supaya terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan serta operasinya adalah mengikut peraturan-peraturan kerajaan.
• Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami serta menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.

PIAGAM PELANGGAN
• Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (HUS) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima.
• Membayar Faedah Hilangupaya Kekal (HUK) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Pengurusan Mayat (FPM) kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Pencen Ilat (ILT) kepada pekerja yang Iayak dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Pencen Penakat (PKT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima.
• Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Menyiasat dan menyampaikan maklumat ke atas setiap aduan mengenai tuntutan faedah dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.

0 comments:

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.